Filem Munafik 2 nampaknya sudah berjaya mencatat sejarahnya tersendiri apabila memecahkan rekod kutipan filem Melayu tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak RM 40 juta hanya selepas 17 hari ditayangkan. Ia sekaligus menewaskan filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khaliad yang hanya mengutip RM 35 juta.
Berita yang cukup menggemparkan itu disahkan oleh pengarah, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Munafik 2 dan industri perfileman tempatan.
Sangat hebat dari segi jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan, semestinya Munafik 2 mempunyai kualitinya sendiri. Bukan mudah untuk filem tempatan mendapat kutipan yang sangat luar biasa.