Filem Munafik 2 nampaknya sudah berjaya mencatat sejarahnya tersendiri apabila memecahkan rekod kutipan filem Melayu tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak RM 40 juta hanya selepas 17 hari ditayangkan. Ia sekaligus menewaskan filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khaliad yang hanya mengutip RM 35 juta.
Berita yang cukup menggemparkan itu disahkan oleh pengarah, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Munafik 2 dan industri perfileman tempatan.
Sangat hebat dari segi jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan, semestinya Munafik 2 mempunyai kualitinya sendiri. Bukan mudah untuk filem tempatan mendapat kutipan yang sangat luar biasa.

zul
September 17, 2018 at 7:42 pm
filem kita wajah kita
kalaulah filem2 seram seperti hkl3 dengan munafik2 mendapat sambutan hangat masyarakat manakala filem2 berunsur patriotik dan membina dibolayankan maka tak usahlah berangan untuk dipandang sebagai bangsa yang maju dn bertamadun oleh negara lain
harap PM dapat buat macam dulu sekat filem2 tahyul dan seram ni dari ditayangkan di pawagam2.
Mas
September 17, 2018 at 8:31 pm
Semua filem ada pengajaran nak diberikan. Hidup bukan semata2 untuk patriot untuk negara. Macam munafik 2 sebenarnya fokus pada dakwah. Untuk umat Islam supaya beringat. Ini juga realiti untuk umat Islam. Lagi satu rezeki masing2. Kalau kau buat cerita seram ke patriotik ke komedi ke kalau niat jujur and ikhlas. InsyaAllah semya menjadi. Inagt Rezeki tu tak pernah salah alamat.
Omar
September 18, 2018 at 9:08 am
Tahyul abah.. Kotla hantu susu hantu kum2 tu mengarut la.. Ni pasal jin iblis syaitan sihir dan manusia2 sesat.. Dlm alquran pn ada.. Jgn salah sebut brother.. Lari akidah..