Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Filem Misteri Dilaila Ada 2 “Ending”? Syafiq Yusof Sekali Lagi Pukau Penonton

Sedang kecoh di laman sosial filem arahan terbaru Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila yang dikatakan mempunyai 2 penamat (ending) yang berbeza. Kekecohan ini timbul apabila penonton yang melihat filem ini di TGV berbincang tentang filem tersebut dengan rakan mereka yang menonton di GSC. Tup-tup “eh kenapa ending kau lain dengan ending aku? Kita bukan tengok filem yang sama ke?”. Pergh memang tak masuk akal tetapi itulah yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kalau tak silap, inilah kali pertama filem tempatan (dan mungkin juga antarabangsa) mempunyai penamat yang berbeza.

filem misteri dilaila

Advertisement

Dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Noor dan juga Sasqia Dahuri, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilang diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya. Jeng, jeng, jeng. Misteri kan?

Berikut ialah kekecohan yang sedang berlaku di laman sosial sehingga menyebabkan para netizen nak pergi tonton 2 kali filem ini.

filem misteri dilaila
filem misteri dilaila
filem misteri dilaila

Sekali lagi, Syafiq Yusof berjaya membuat kejutan dan memukau penonton dengan filem arahannya. Nampak gayanya Abang Nara pun kenalah pergi tengok filem nie. Nak tahu betul ke tak ada 2 ending. Tak sabar pulak dibuatnya. Korang yang dah tengok tue sila bagi review masing-masing di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Cuteboy

    March 2, 2019 at 3:34 am

    Sejujurnya, ai lebih terhibur dengan komen2 korang Kat sini….hahahahahahaha.
    Ai bagi 10/10 lah utk korang!
    Babai. #seriuskoranglagiseram

  2. Ash

    March 1, 2019 at 11:13 pm

    Inilah kali pertama aku rase membazir duit tgk cite syafiq yusof. Ending tah pape. Mcm cite xde kaitan. Aku expect mcm cite mat saleh. Rupanya. Xpela. Ni pandangan aku. Korg mgkn lain. Tp aku nasihatkan xyahla tgk. Nnt keluar dkt astro korang tgkla. Xde rase rugi sgt nnt

  3. bie

    February 25, 2019 at 9:25 am

    dah tgk semalam tapi x sampai expectation…but its a nice movie btw

  4. Insan

    February 24, 2019 at 5:27 pm

    Netizen oo netizen. Macam macam. Tengok dulu baru story.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama