Sedang kecoh di laman sosial filem arahan terbaru Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila yang dikatakan mempunyai 2 penamat (ending) yang berbeza. Kekecohan ini timbul apabila penonton yang melihat filem ini di TGV berbincang tentang filem tersebut dengan rakan mereka yang menonton di GSC. Tup-tup “eh kenapa ending kau lain dengan ending aku? Kita bukan tengok filem yang sama ke?”. Pergh memang tak masuk akal tetapi itulah yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kalau tak silap, inilah kali pertama filem tempatan (dan mungkin juga antarabangsa) mempunyai penamat yang berbeza.
Dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Noor dan juga Sasqia Dahuri, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya menghilang diri. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya. Jeng, jeng, jeng. Misteri kan?
Sekali lagi, Syafiq Yusof berjaya membuat kejutan dan memukau penonton dengan filem arahannya. Nampak gayanya Abang Nara pun kenalah pergi tengok filem nie. Nak tahu betul ke tak ada 2 ending. Tak sabar pulak dibuatnya. Korang yang dah tengok tue sila bagi review masing-masing di ruangan komen.