Filem Matrix 4 Bakal Kembali Dengan Pelakon Asal Keanu Reeves dan Carrie Anne Moss

Trending

Filem Matrix 4 Bakal Kembali Dengan Pelakon Asal Keanu Reeves dan Carrie Anne Moss

Ini pastinya berita gembira buat semua peminat filem Matrix apabila pelakon Keanu Reeves kembali melakonkan watak Neo di samping temannya Carrie Anne Moss sebagai Trinity. Bagi sekuel yang keempat ini, pengarah filem Matrix yang pertama iaitu Lana Wachowski disahkan menjadi pengarah dan penulis.

Tahun ini filem Matrix menyambut ulangtahun yang ke 20 tahun dan pastinya dengan teknologi CGI yang ada sekarang akan membuatkan sekuel keempat ini lebih hebat dari filem pertama pada tahun 1999.

Advertisement

pelakon filem matrix
Walaupun tiada sebarang maklumat didedahkan mengenai penceritaan untuk sekuel kali ini, peminat tidak dapat lari dari tertanya-tanya apakah yang akan berlaku di dalam Matrix 4. Ini kerana di dalam sekuel terakhir, The Matrix Revolutions watak Neo sudah pun mati dalam misi menyelamatkan dunia. Tetapi memandangkan ini filem sci-fi (science fiction), apa-apa sahaja boleh berlaku.

via GIPHY

Selain daripada plot penceritaan, watak Morpheus yang dilakonkan Laurence Fishburne juga tidak diketahui nasibnya. Berkemungkinan ianya akan digantikan dengan pelakon yang baru.

Tiga filem Matrix sebelum ini iaitu “The Matrix”, “The Matrix Reloaded” dan “The Matrix Revolutions” berjaya mendapatkan kutipan mencecah AS$1.6 bilion. Ketiga-tiganya ditulis dan diarahkan oleh Lana dan adiknya, Lily juga dikenali sebagai The Wachowski Brothers.

Filem Matrix 4 dijangka memulakan penggambaraan pada tahun 2020. Yang pastinya peminat Matrix sudah tidak sabar menantikan apakah yang akan berlaku di dalam sekuel kali ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Variety

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...