Filem Maleficent: Mistress Of Evil, Tercetusnya Persoalan Baru Dalam Trailer Ini

Trending

Filem Maleficent: Mistress Of Evil, Tercetusnya Persoalan Baru Dalam Trailer Ini

Filem Maleficent: Mistress Of Evil yang sepatutnya ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan kini dipercepatkan tarikh tayangannya oleh Disney. Tarikh tayangan baru yang diumumkan ialah pada 18 Oktober 2019.

Disney telah mengeluarkan trailer untuk sekuel ini yang mana ada wujudnya watak baru iaitu Queen Ingrith dan King John yang tidak ada untuk filem sebelum ini.

Advertisement

Walaupun tak banyak yang dapat dipertontonkan untuk trailer kali ini tetapi dapat dilihat Maleficent berkemungkinan akan menjadi jahat semula selepas diprovok oleh Queen Ingrith mengenai Princess Aurora.

Anda mungkin ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran selepas menonton trailer kali ini kan? Adakah Maleficent akan menjadi jahat semula? Ada apa dengan Queen Ingrith dan Maleficent? Dan siapakah yang muncul pada penghujung trailer tu?

Yang pastinya Maleficent tidak akan membenarkan Princess Aurora untuk berkahwin dengan Prince Philip yang mana dia berkata “Love doesn’t always end well”.

Penyatuan manusia dan fairy kingdom 

Untuk latar masa Maleficent: Mistress Of Evil ini adalah beberapa tahun selepas kejadian yang berlaku dalam filem Maleficent. Yang mana ianya diakhiri dengan penyatuan manusia dan juga fairy kingdom.

via GIPHY

Melihatkan pada trailer ini, berkemungkinan akan tercetusnya semula pergaduhan yang baru kerana perselisihan pendapat antara Maleficent dan pihak istana.

Perkahwinan Princess Aurora

Ramai yang menjangkakan sekuel ini akan mengambil tema ‘true love’ diantara Princess Aurora dan Prince Philip seperti mana-mana filem Disney yang lain.

Tetapi jika dilihat, lamaran perkahwinan yang dilakukan terletak pada awal trailer jadi berkemungkinan besar akan ada penghalang besar yang mengganggu perkahwinan itu nanti. Isu perkahwinan juga mungkin dijadikan sebagai pencetus kepada pertelingkahan antara Maleficent dan Aurora.

Watak baru Queen Ingrith dan King John

Kali ini watak ibu bapa Prince Philip dipertonjolkan secara visual berbeza dari filem sebelumnya. Kalau anda perasan dari trailer yang dikeluarkan, nampaknya seperti ada sesuatu pada Queen Ingrith yang kurang senang pada Maleficent. Mungkin juga akan ada twist kerana Queen Ingrith ada motif lain?

via GIPHY

Ada banyak lagi persoalan yang timbul dari trailer ini dan yang pastinya untuk mendapatkan jawapannya kena lah tonton di pawagam nanti. Maleficent: Mistress Of Evil akan ditayangkan bermula 18 Oktober 2019. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...