Filem Maleficent: Mistress Of Evil yang sepatutnya ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan kini dipercepatkan tarikh tayangannya oleh Disney. Tarikh tayangan baru yang diumumkan ialah pada 18 Oktober 2019.
Disney telah mengeluarkan trailer untuk sekuel ini yang mana ada wujudnya watak baru iaitu Queen Ingrith dan King John yang tidak ada untuk filem sebelum ini.
Walaupun tak banyak yang dapat dipertontonkan untuk trailer kali ini tetapi dapat dilihat Maleficent berkemungkinan akan menjadi jahat semula selepas diprovok oleh Queen Ingrith mengenai Princess Aurora.
Penyatuan manusia dan fairy kingdom
Untuk latar masa Maleficent: Mistress Of Evil ini adalah beberapa tahun selepas kejadian yang berlaku dalam filem Maleficent. Yang mana ianya diakhiri dengan penyatuan manusia dan juga fairy kingdom.
Melihatkan pada trailer ini, berkemungkinan akan tercetusnya semula pergaduhan yang baru kerana perselisihan pendapat antara Maleficent dan pihak istana.
Perkahwinan Princess Aurora
Tetapi jika dilihat, lamaran perkahwinan yang dilakukan terletak pada awal trailer jadi berkemungkinan besar akan ada penghalang besar yang mengganggu perkahwinan itu nanti. Isu perkahwinan juga mungkin dijadikan sebagai pencetus kepada pertelingkahan antara Maleficent dan Aurora.
Watak baru Queen Ingrith dan King John
Ada banyak lagi persoalan yang timbul dari trailer ini dan yang pastinya untuk mendapatkan jawapannya kena lah tonton di pawagam nanti. Maleficent: Mistress Of Evil akan ditayangkan bermula 18 Oktober 2019.