Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Korea, antara perkara yang mengkagumkan Abang Nara ialah industri perfileman mereka. Karya-karya yang dihasilkan jika mahu dibandingkan dengan Malaysia, sememangnya bagai langit dan bumi. Abang Nara pasti ramai yang sudah menonton filem Tae Guk Gi: The Brotherhood of War, kali ini pengarah yang sama muncul dengan filem My Way.
Masih mengekalkan latar belakang peperangan, filem My Way ini mengisahkan tentang dua sahabat daripada Korea dan Jepun yang terperangkap di dalam perang dunia kedua. Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Abang Nara tengok trailer pun dah sangat teruja dibuatnya.
Kalau anda peminat filem Korea, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan filem My Way yang akan mula ditayangkan bermula 19 April ini. Untuk info lanjut tentang filem ini, boleh LIKE Facebook Filem My Way.
zarith
March 20, 2012 at 4:31 pm
bukan citer ni dah lama kuar kan?
zy
March 20, 2012 at 10:15 am
tp cte tae guk gie mmg best even cte die pnjg…..xbosan…
wanz
March 19, 2012 at 9:06 pm
Eh background cerita ni masa time D-Day kat Normandy, France 1944. Mcm mana si jepun and si korea bole sesat sampai situ? Curious….tapi Jepun mmg ada alliance dengan Jerman time tu. Tunggu lah 19hb April nanti.
Kedai Cupcakes Yang Lazat
March 19, 2012 at 6:00 pm
Best jugak tngok nih/…:D
Ntahhapa2
March 19, 2012 at 11:25 am
“Karya-karya yang dihasilkan jika mahu dibandingkan dengan Malaysia, sememangnya bagai langit dan bumi. ”
Sombong and lupa daratan. Sia2 la kalau study 6 yrs di oversea, tapi tulis entry tak gunakan otak. Bukan awak sorang study tinggi.