Filem Joker yang baru ditayangkan minggu lalu sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat di seluruh dunia. Dilaporkan juga, Joker telah berjaya mengutip US$93.5 million (RM391 juta) setakat ini.
Namun disebalik kejayaan ini, ada beberapa kontroversi yang berlaku selepas penayangan filem ini. Beberapa penonton berasakan kandungan filem ini terlalu ‘disturbing’ dan ‘trigerring’ dan tidak sesuai untuk tayangan R-rated.
Walaubagaimanapun, pelakonnya Joaquin Phoenix dan pengarah Todd Phillips membantah dakwaan itu dan mengatakan penonton kini bijak untuk membezakan perkara baik dan buruk.

Di New York, seorang lelaki ditahan di pawagam selepas meludah pada penonton dan bersorak setiap kali babak Joker membunuh seseorang.

“Jangan tonton Joker kalau anda jenis yang senang terpengaruh. Ini bukan untuk semua orang. Sangat menganggu dan provokasi”
Don’t watch Joker if you are easily influenced or triggered. Its not for everyone. Very disturbing and unsettling
— Megat Danial 214 (@megatdanial) October 6, 2019
My sister saw the premiere of the new Joker film. She said it was very dark, disturbing & the world doesn’t need a movie like this right now. She knows me well & told me not to see it. If you are highly sensitive & had interest seeing this movie, I wanted to pass this on to you.
— Melissa ? Infinity (@MelissaInfinity) October 2, 2019
Ye tahu dia memang ganas pun what i mean is the society who make him that way. Imagine how bad people treat him sampai boleh trigger otak aku nak sakit dada sekali tengok. If you have anxiety or what not dont watch bcs somehow you can relate to the situation. I give 10/10
— ? (@chaaleesi) October 6, 2019
Namun, ada juga yang tidak bersetuju kerana menganggap Joker membantu memberikan kesedaran tentang isu kesihatan mental dalam masyarakat.
No. Joker doesn’t “romanticise” mental illness. It tells us that it’s real. And it’s really disturbing. Brutal. Beautifully made. So beautiful it hurts quite a lot. ???
— Nabila Mohamad (@maamnabs) October 6, 2019

Sumber: NST
Artikel berkaitan: Penambahan Babak Baru Dalam Trailer Terakhir Filem Joker Buat Penonton Semakin Bingung