Filem James Wan Yang Pernah Menghantui Rakyat Malaysia

Trending

Filem James Wan Yang Pernah Menghantui Rakyat Malaysia

James Wan pengarah terkenal Hollywood baru-baru ini mengumumkan beliau telah bertunang. Pengarah kelahiran Kuching, Sarawak itu mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya yang beliau sudahpun bertunang dengan pelakon yang juga pernah membintangi filem The Nun iaitu Ingrid Bisu.

James yang terkenal dengan filem seram arahannya seperti The Conjuring, The Nun, Insidious, Annabelle dan banyak lagi. Jom kita imbas kembali filem box office James Wan yang pernah menghantui rakyat Malaysia.

Advertisement

The Conjuring

Filem seram yang menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2013 ini berjaya mendapat kutipan tinggi sebanyak 319 juta USD.  Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang diganggu oleh makhluk halus setelah berpindah ke rumah baru mereka.

Filem ini dikatakan diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1971 di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Pastinya adegan paling diingati dalam filem ini ketika mereka sekeluarga bermain permainan hide and seek yang kemudian diikuti oleh makhluk halus di rumah itu.

The Conjuring 2 masih lagi menampilkan tunjang utama iaitu pasangan penyiasat paranormal iaitu Ed dan Lorraine Warren. Dikhabarkan The Conjuring 3 juga akan ditayangkan pada tahun 2020 namun kali ini diarahkan oleh Michael Chaves.

Annabelle

Untuk filem ini James Wan yang bertindak sebagai producer menampilkan patung bernama Annabelle sebagai prekuel kepada The Conjuring.

Patung Annabelle turut menjadi viral di laman sosial ketika filem ini ditayangkan. Ada juga yang memakainya sebagai kostum pada parti Halloween seperti bintang Korea ini.

Annabelle Comes Home kini sedang ditayangkan di Malaysia sebagai kesinambungan kepada filem Annabelle 2. Jangan lupa menonton!

The Nun

 

Filem ini berkisarkan tentang paderi yang juga diambil dari kisah di dalam filem The Conjuring. Walaupun mendapat kritikan filem ini berjaya mengutip 365 juta USD.

Imej paderi yang menyeramkan ini pastinya menambahkan rasa seram ketika menonton lagi-lagi dengan adegan seram yang mengejutkan. Kesinambungan filem ini akan ditayangkan pada tahun 2020 untuk The Nun 2.

Jadi filem James Wan yang mana satu yang muncul dalam mimpi anda?

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...