Seorang wanita di India yang dikenali dengan Neha meninggal dunia selepas nekad meminum cuka kerana kecewa suaminya tidak mahu menonton filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan bersamanya.
Dipetik menerusi One India News, doktor menjelaskan kegagalan dan kerosakan organ dalaman Neha berpunca daripada pengambilan cuka berlebihan.
Lebih mengejutkan, wanita malang berusia 21 tahun itu sempat membuat sebuah rakaman video yang menuduh suaminya, Vishal sebagai orang yang bertanggunjawab ke atas kematiannya.
Vishal dikatakan menolak pelawaan isterinya menonton filem berjudul “Happy New Year” di hari pertama tayangan kerana memberi alasan terlalu ramai orang di pawagam.