Kalau anda peminat cerita-cerita kung fu, kongsi gelap dan gemarkan aksi berlawan, sememangnya filem Fist Of Dragon yang akan mula ditayangkan esok (23 Februari) sangat sesuai untuk ditonton. Walaupun digam di China kerana aksi gangsterisme yang agak kuat, penonton di Malaysia dan Singapura boleh menarik nafas lega kerana filem ini lulus untuk ditayangkan kepada penonton berusia 18 tahun ke atas.
Mungkin ada yang tertanya-tanya hebat sangatkah aksi gangsterisme yang ditayangkan sehingga digam di negara China. Untuk tahu hebat atau tidak, mungkin trailer filem Fist Of Dragon di bawah boleh memberikan sedikit petunjuk kepada anda.
Menarik kan? Apa yang menyebabkan Abang Nara makin teruja untuk menonton filem Fist of Dragon ini ialah penerbitnya tak lain tak bukan ialah penerbit filem IP Man 2. Rasanya anda semua pasti sudah menonton filem IP Man 2 dan teruja dengan aksi yang ditayangkan. Abang Nara filem Fist of Dragon ini pun pasti tahap kehebatannya lebih kurang dengan filem IP Man 2. Tak sabar rasanya nak pergi tengok.
Untuk maklumat lanjut tentang filem Fist of Dragon, anda boleh LIKE Facebook Fist of Dragon.