Filem Estet Sekadar Kutip RM500,000 Selepas 2 Minggu Tayangan

Hiburan

Filem Estet Sekadar Kutip RM500,000 Selepas 2 Minggu Tayangan

kutipan filem estet

Terbayang kami muka Mamat Khalid selepas melihat kutipan filem Estet yang dicanang-canang sepatutnya menjadi filem terbaik FFM baru-baru ini. Hanya mampu mengutip RM500,000 sahaja selepas 2 minggu. Kalah tue dengan filem Magika yang dikatakannya tidak layak memegang title filem terbaik. Rasanya Magika lepas 2 minggu kutipannya dekat tiga empat juta jugak.

Advertisement

Maka timbullah persoalannya. Adakah filem Estet sememangnya indah khabar dari rupa? Atau sebenarnya filem Estet memang bagus tetapi rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) tak minat menonton filem sebagus ini? Atau promosi yang dilakukan untuk filem 2 Alam tidak mencukupi?

Kami masih tidak sempat menonton filem Estet jadi kami tak dapat simpulkan sama ada best atau tidak filem ini. Kami baca review pun banyak yang berbelah bahagi. Ada yang kata best. Ada yang kata filem ini hancur. Ada yang kata filem ini lebih layak menang filem terbaik FFM. Dan ada yang kata memang patut pun filem ini tak menang. Kesimpulannya, banyak pendapat yang berbelah bahagi.

Apa pun selaku pembuat filem, semestinya kutipan yang amat rendah ini sangat mengecewakan Mamat Khalid. Kalau hari itu merajuk taknak masuk pertandingan FFM lagi, harap-harap tak lah merajuk sampai tak nak buat filem lagi. Kalau orang tak nak tonton filem kita, maknanya ada sesuatu yang tak ken. Kena fikirkan balik.

Apa yang kami perhatikan, penonton filem Melayu ini suka tengok filem yang ada unsur kekeluargaan dan ringan. Diorang taknak filem yang kena fikir-fikir sangat. Sebab itulah kot filem macam Magika, Adnan Sempit dan Papadom berjaya. Filem diorang boleh relate dengan kehidupan seharian penonton filem dan tak pening kepala memikirkan. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...