Filem Contagion (2011) Kembali Menjadi Sebutan Apabila Plot Cerita Disamakan Dengan Penularan Coronavirus

Trending

Filem Contagion (2011) Kembali Menjadi Sebutan Apabila Plot Cerita Disamakan Dengan Penularan Coronavirus

Filem Contagion yang dikeluarkan pada tahun 2011 ini menceritakan tentang satu wabak virus yang menular di seluruh dunia. Filem yang berjaya mendapat $135 juta ini menjadi popular sejak pertama kali ditayangkan. Setelah 9 tahun dikeluarkan, filem ini kembali menjadi sebutan selepas ramai yang samakan filem ini dengan wabak coronavirus yang melanda dunia tahun ini.

Filem ini dibintangi oleh bintang filem terkenal antaranya Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Laurence Fishburne, Marion Cotillard, Jude Law, Kate Winslet, Jennifer Ehle, Bryan Cransto dan ramai lagi. Sejak penularan wabak coronavirus awal tahun ini, filem ini menjadi senarai Top 10 untuk carta iTunes Movie Rentals pada awal bulan ini.

Advertisement

Virus dari haiwan

filem contagion

Ada beberapa persamaan dengan wabak yang diketengahkan di dalam filem ini dengan COVID-19 antaranya dua-dua virus ini berjangkit dari haiwan kepada manusia yang lain. Di dalam filem, virus dibawa oleh kelawar dan khinzir ini telah menyebabkan penularan wabak sehingga mengakibatkan kematian.

filem contagion

Di dalam filem, virus ini tercetus apabila beberapa ekor kelawar yang menjatuhkan serpihan pisang yang sudah dimakan ke dalam kawasan khinzir. Pisang itu kemudian dimakan oleh khinzir di dalam kandang dan khinzir itu telah dikorbankan sebagai makanan.

Chef yang menyediakan daging khinzir itu kemudian meletakkan tangannya pada mulut tanpa membasuhnya dan bersalaman dengan Paltrow, watak utama yang dijangkiti. Bermula daripada situ, jangkitan virus gabungan terhasil dari haiwan itu menular di Hong Kong.

Paltrow mendapat jangkitan itu semasa lawatan kerjanya ke Hong Kong yang akhirnya membuatkan dia meninggal dunia dari virus itu. Penularan wabak di dalam filem ini merupakan gabungan fiksyen virus Nipah dan influenza yang pernah melanda Asia Tenggara satu masa dulu.

Tonton trailer filem Contagion di bawah:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...