Pada tahun 2004, filem Puteri Gunung Ledang telah pun dihantar untuk bertanding di dalam Oscar. Sejak itu, tiada lagi filem Malaysia yang dirasakan berkualiti oleh FINAS untuk bertanding di dalam kategori Foreign Language Film. Namun tahun ini, filem Bunohan nampaknya memenuhi kriteria yang diperlukan dan telah pun disenarai untuk ke Academy Awards yang ke 85.
Sebanyak 71 buah filem telah pun dihantar untuk kategori ini. Daripada jumlah ini, 9 buah filem akan disenaraipendek sebelum 5 calon akhir akan diumumkan pada 10 Januari 2013. Selepas itu, majlis Academy Awards yang ke 85 akan disiarkan secara langsung ke serata dunia pada 24 Februari 2013.
Mungkin agak sukar untuk filem Bunohan tercalon sebagai Top 5 dalam kategori Foreign Language Film. Namun segalanya mungkin kerana bagi Abang Nara filem Bunohan antara filem terbaik Malaysia yang pernah Abang Nara tonton. Sama-samalah kita doakan kejayaan filem Bunohan sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Anonymous
October 12, 2012 at 2:38 pm
heroin ATN x best!!
lisha
October 12, 2012 at 2:18 pm
filem ni mmg b.kualiti……tp penonton lebih suke tgk cerita yg mcm ATN dan yg seangkatan dengannye..
aku
October 12, 2012 at 2:09 pm
dah ditayangkan ke?wajib tonton!
hanizah haniz
October 12, 2012 at 1:34 pm
Good Luck To Dain Said and all the production team members.Bunohan memang layak dipertandingkan ke anugerah yg berprestij spt ini.
boni kacak
October 12, 2012 at 1:29 pm
wah..macam menarik je cerita ni..