Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Filem Bunohan Tersenarai Di Dalam Academy Award Ke 85

Pada tahun 2004, filem Puteri Gunung Ledang telah pun dihantar untuk bertanding di dalam Oscar. Sejak itu, tiada lagi filem Malaysia yang dirasakan berkualiti oleh FINAS untuk bertanding di dalam kategori Foreign Language Film. Namun tahun ini, filem Bunohan nampaknya memenuhi kriteria yang diperlukan dan telah pun disenarai untuk ke Academy Awards yang ke 85.

bunohan ke oscar

Advertisement

Sebanyak 71 buah filem telah pun dihantar untuk kategori ini. Daripada jumlah ini, 9 buah filem akan disenaraipendek sebelum 5 calon akhir akan diumumkan pada 10 Januari 2013. Selepas itu, majlis Academy Awards yang ke 85 akan disiarkan secara langsung ke serata dunia pada 24 Februari 2013.

Mungkin agak sukar untuk filem Bunohan tercalon sebagai Top 5 dalam kategori Foreign Language Film. Namun segalanya mungkin kerana bagi Abang Nara filem Bunohan antara filem terbaik Malaysia yang pernah Abang Nara tonton. Sama-samalah kita doakan kejayaan filem Bunohan sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. hai..nama saya roy!

    October 14, 2012 at 11:17 am

    this film deserve it..good luck! proud of u!

  2. David Teok

    October 13, 2012 at 5:41 pm

    ABANG NARA LELAKI LEMBUT BEBAL… TAHU LAH BUNOHAN BUKAN FILEM MIG… KO KEMAEN SKE2 CAKAP HARAPAN TIPIS NAK MENANG OSKAR… KO TUH NARA BAGI ANAK BINI MAKAN HASIL MEMFITNAH ORG… KO RASA HALAL ATAU TAK?

    • Raja minah jambu rindu ngan izwan pilus 24jam mengadap computer

      October 13, 2012 at 6:22 pm

      Oi sekarang yg menfitnah orang ia lah kite2 ni bukan bang nara paham !!

  3. just sayin_dont get touchy

    October 13, 2012 at 3:02 pm

    It’s frustrating to see all these negative comments, even on such an achievement.cheers!

  4. makcik suka gosip

    October 12, 2012 at 11:01 pm

    filem h4ntu kapcai lebih layak! dah 4 kali makcik tgk flm tu tau.. best sesangat

  5. Jojoana

    October 12, 2012 at 9:45 pm

    Is it true yg behind Bunohan ni ade sorg apek (cina) yg kenal dgn a few org kuat kat Hollywood. Kalau betul, no wonder la. Coz before this Bunohan pernah ke US utk satu festival. Mmg layak utk tercalon.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama