Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Filem Berani Punya Budak, Buah Tangan Terbaru Afdlin Shauki

Bukan senang untuk membuat sebuah filem aksi komedi, namun sekiranya nama anda ialah Afdlin Shauki, itu bukanlah satu perkara mustahil. Filem Berani Punya Budak adalah buah tangan terbaru Afdlin yang menjanjikan gelak tawa sambil anda mengkagumi pergerakan aksi-aksi menarik yang dilakonkan. Tengok trailer pun dah boleh agak yang filem ini mampu menggeletek jiwa raga anda.

Advertisement

Sedikit sinopsis untuk filem Berani Punya Budak untuk tatapan anda:-

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

filem berani punya budak

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah kerana kebanyakan dialog yang dilontarkan oleh pelakon daripada Thailand telah dialihbahasa oleh Afdlin sendiri. Kiranya apa yang mereka cakapkan ialah apa yang dianggap oleh Afdlin di dalam otaknya. Itu sebenarnya membuatkan filem ini menjadi lebih kelakar kerana dialog-dialog yang lucu dan tak masuk akal.

Jadi tunggu apa lagi? Pergilah tonton filem Berani Punya Budak untuk menghiburkan hati anda dengan aksi-aksi komedi daripada filem arahan Afdlin Shauki ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

63 Comments

  1. kecik

    May 5, 2012 at 5:01 pm

    tolong la.cerita ni macam hampeh..tak perlu buat pun tak pe..

  2. pencinta filem

    May 3, 2012 at 12:51 pm

    first of all, gua rasa ni cita paling bangang gua pernah tengok. seriously bangang. okay fine ni cita dekat thai yang dia buat ke dalam bahasa melayu. then apahal dialog dia bangang sangat? perlu ke buat suara bapok? pastu aksi lawan gila banyak. seriously gua rasa sepanjang gua masuk cinema, ini first time gua rasa what the hell la cerita ni. apahal gua ada dalam panggung ni. but nasib baik bukan duit gua. if duit gua, jangan harap la gua nak tengok cerita macam ni. lawak yang entah apa2. sebab tu la gua tak tengok cerita melayu dekat panggung. sebab ni la. nak peminat sokong buat la cerita bagus. ni bangang. geram pulak gua rasa. sampai rasa nak nangis sebab terpaksa duduk dalam panggung tu tengok cerita entah apa2.

  3. Anonymous

    May 2, 2012 at 11:50 pm

    mmg sampah!!!!

  4. filem sampah

    May 2, 2012 at 11:10 pm

    nasihat aku..jgn tgk pasal nanti korang akan menyesal tak sudah..cerita sampah..alih bahasa semuanya suara Afdlin..

    BOSAN+SAMPAH

    pulang duit aku balik

  5. jena

    May 2, 2012 at 12:20 pm

    film ni mule2 kelakar p2 masok tengah2 da bosan..action gado lagi bosan..sampai de budak sebelah ak ckp : pe motf cerite ni. selalunye afdlin shauki nye cite bes..tapi kali ni..ermmm

    sekadar memerhati filem melayu
    jena..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top