April 28th, 2012

Bukan senang untuk membuat sebuah filem aksi komedi, namun sekiranya nama anda ialah Afdlin Shauki, itu bukanlah satu perkara mustahil. Filem Berani Punya Budak adalah buah tangan terbaru Afdlin yang menjanjikan gelak tawa sambil anda mengkagumi pergerakan aksi-aksi menarik yang dilakonkan. Tengok trailer pun dah boleh agak yang filem ini mampu menggeletek jiwa raga anda.

Sedikit sinopsis untuk filem Berani Punya Budak untuk tatapan anda:-

Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?

filem berani punya budak

Apa yang menarik mengenai filem ini ialah kerana kebanyakan dialog yang dilontarkan oleh pelakon daripada Thailand telah dialihbahasa oleh Afdlin sendiri. Kiranya apa yang mereka cakapkan ialah apa yang dianggap oleh Afdlin di dalam otaknya. Itu sebenarnya membuatkan filem ini menjadi lebih kelakar kerana dialog-dialog yang lucu dan tak masuk akal.

Jadi tunggu apa lagi? Pergilah tonton filem Berani Punya Budak untuk menghiburkan hati anda dengan aksi-aksi komedi daripada filem arahan Afdlin Shauki ini.


63 responses to “Filem Berani Punya Budak, Buah Tangan Terbaru Afdlin Shauki”

  1. peninglalat says:

    cte ni tru cite thailand tajuk ape erk???

  2. RaiNagata says:

    cter nie asalnya Tajuk Brave…year around 2007

    citer siam, yes full siam…Adflin pun kna dub siam…
    just cter ne tambah3 je dari cter Brave tu…

    tp yg paling annoying !!
    dub bahasa MELAYU tu !! dari jalan cter elok2 terus rosak cter !!
    aduiii nk dub pun agak3 la, aq lg ske tgk version SIAM punya…

  3. nadia says:

    kalau sume pembikin filem cite melayu kat malaysia ni wat cite y hanya layak di panggil SAMPAH camni, alamatnye mmg x ke mane la industri filem kat malaysia ni.. ni la namenye wat filem ikut selera sndiri.. afdlin syok sendiri!!

Loading...