Filem Beauty and The Beast Dibenarkan Untuk Tayangan Oleh LPF

Filem Beauty and The Beast Dibenarkan Untuk Tayangan Oleh LPF

Sejak beberapa hari lepas, peminat filem Beauty and The Beast meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila filem berkenaan ditangguhkan tayangannya di Malaysia. Sejujurnya, filem ini memang dinantikan ramai bahkan ada yang sudah membeli tiket lebih awal kerana tidak mahu terlepas menonton filem berkenaan.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menerusi pengerusinya, Datuk Abdul Halim berkata, pihak mereka sudah meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan pada 16 Mac ini, namun penundaan itu bergantung kepada pihak penerbit filem Beauty and The Beast sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak juga berkata, isu penangguhan filem itu juga bukan dibawah kuasa kementeriannya.

Saya ingatkan bahawa penapisan filem bukan di bawah kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau KKMM.

Beauty and The Beast terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat dan Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...