Filem Babah yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara difahamkan telah memasuki pasaran Singapura.
Penerbit, Nadia Mohd Nadzri berkata, filem tersebut mendapat sambutan luar biasa dan turut mendapat permintaan di Borneo.
Sejujurnya saya dan pasukan Nads Media Entertainment terharu dengan maklum balas ramai terhadap cerita mengenai hubungan bapa dengan anak perempuannya yang menyentuh hati khalayak.
Walaupun sudah hampir tiga minggu di 99 pawagam seluruh negara, masih ramai penonton datang, bahkan kami difahamkan gelombang kedua sedang bermula dengan kehadiran cuti hujung tahun.
Babah akan memasuki panggung wayang di Singapura sebelum ke Sabah dan Sarawak. Hakikatnya sokongan penonton membuatkan kami sangat menghargai maklum balas ini.
Filem Babah yang menyentuh isu kekeluargaan mengenai pengorbanan seorang bapa kelainan upaya (OKU) pendengaran menurut Nadia dihasilkan dengan penuh ras ikhlas oleh semua pihak dalam pembikinannya.
Kami memberikan sepenuh jiwa dan merealisasikan kisah ini dengan ikhlas yang membuatkan Babah cukup menyentuh dan menusuk hati khalayak.
Seluruh produksi juga tidak menjangka Babah tular dalam media sosial sehingga menjadi bualan apatah lagi semuanya berlaku secara organik.
Sekadar info, filem Babah sudah mula ditayangkan pada 5 Disember lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Qi Razali, Qistina Suzzane, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kisaisha.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.