Filem Azura 2012 Sekadar Kutip RM600 Ribu, Gandingan Neelofa Dan Shahrizal Gagal?

Hiburan

Filem Azura 2012 Sekadar Kutip RM600 Ribu, Gandingan Neelofa Dan Shahrizal Gagal?

Filem Azura 2012 adalah sebuah filem Aziz M. Osman setelah lama dia menyepikan diri daripada bidang pengarahan. Suatu masa dahulu, Aziz pernah muncul dengan filem yang hebat sepet XX-Ray, Fenomena dan beberapa buah filem lain. Hampir kesemua filem sentuhan Aziz M. Osman boleh dikatakan meletup seperti bom atom.

kutipan filem azura

Advertisement

Namun kutipan filem Azura 2012 sehingga 6 Februari 2012 sekadar mencatatkan angka RM600 ribu. Ini satu angka yang sangat-sangat mengecewakan. Adakah gandingan Neelofa dan Shahrizal gagal untuk menarik peminat ke pawagam? Setahu Abang Nara, peminat Neelofa memang ramai dan rata-rata menyatakan keterujaan mereka untuk menyaksikan lakonan filem pertama Neelofa.

Adakah kerana kontroversi yang sering melanda Shahrizal sehingga ramai yang meluat dan tidak mahu menonton filem Azura 2012? Itu jugak satu perkara yang mustahil kerana drama-drama lakonan Shahrizal sebelum ini semuanya mendapat rating yang tinggi. Malah Shahrizal tetap menjadi idaman ramai wanita walaupun sering dilanda kontroversi dalam percintaan.

Mungkinkah kerana filem Azura 2012 adalah sebuah filem remake lantas menyebabkan daya tarikan ke pawagam berkurangan? Itu sesuatu yang logik kerana rakyat Malaysia memang dikenali dengan kebencian melihat rancangan-rancangan yang sering ditayang semula berulang kali di kaca TV. Bagi mereka, sudah tonton filem Azura yang dulu tak perlulah tonton filem remakenya pulak.

Dan daripada apa yang Abang Nara dengar-dengar, filem Azura 2012 kali ini katanya kurang menyengat daripada segi jalan cerita. Seolah-olah Aziz M. Osman tidak tahu ke mana hala tuju filem ini. Perkara ini tak mustahil kerana Aziz M. Osman pun sudah lama tidak mengarahkan filem. Orang kata, sentuhan ajaibnya mungkin sudah berkarat.

Jadi kepada anda pembaca BeautifulNara yang sudah menonton filem ini, kongsikan pendapat anda tentangnya. Dan kepada anda yang belum menonton, Abang Nara nak tahu apa punca anda tidak ke pawagam menonton filem ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...