Filem Avengers:Endgame, Beri Petunjuk Filem Young Avengers?

Trending

Filem Avengers:Endgame, Beri Petunjuk Filem Young Avengers?

Buat mereka yang sudah menonton filem terbitan Marvel Studios itu sudah pasti menjangkakan beberapa petunjuk dan bukanlah penamat kerana ia mungkin satu permulaan kepada filem seterusnya, Young Avengers!

Menurut portal hangat.com, kemunculan beberapa watak mungkin telah ditunjukkan oleh Marvel dalam filem Endgame pada bahagian akhir filem ini. Namun, siapakah mereka?

Advertisement

Buat peminat setia Marvel, anda pasti tahu produksi ini tidak akan sengaja memperkenalkan watak-watak dalam filem Endgame pada bahagian akhir filem ini.

Terlebih dahulu, ingin diingatkan pada anda bahawa artikel ini mempunyai beberapa ‘spoiler’ besar EndGame.

Jadi jika anda perasan pada pengakhiran filem EndGame, terdapat seorang remaja lelaki misteri yang turut mengiringi pemergian Iron Man. Persoalannya disini, siapakah dia?

  1. Iron Lad

Harley Keener suatu ketika dahulu pernah muncul dalam Iron Man 3. Peminat membuat spekulasi Harley bakal menjadi Iron Lad kelak. Malah di dalam komik juga terselah watak ini.

  1. Iron Heart

Si comel ini benar-benar menarik perhatian peminat biarpun hanya muncul untuk beberapa ketika dan turut terkenal dengan taglinenya “Love You 3,000 Times”. Watak anak kepada Tony Stark iaitu Morgan Stark dikatakan bakal bergelar sebagai Iron Heart apabila dewasa kelak. Malah Marvel seperti sengaja membuat peminat terdedah dengan  petunjuk ini apabila Tony sering kali menyatakan bahawa anak perempuannya ini begitu bijak dan minatnya kearah pertukangan sama sepertinya. Morgan juga pernah memakai topeng Iron milik ibunya!

  1. Kate Bishop

Selain Iron Man, Hawkeye turut mempunyai anak! Salah seorang anak perempuan Hawkeye ditunjukkan dengan jelas dalam EndGame dimana kelihatan kedua-duanya sedang menjalani sesi memanah.

  1. Stature

Ant-man adalah penyelamat! Masih ingat babak Scott Lang berjumpa dengan anaknya Cassie selepas 5 tahun terperangkap dalam Quantum Realm? Ketika itu Cassie sudah pun meningkat dewasa dan jika mengikut jalan cerita komik, Cassie bakal bergelar Stature.

  1. Photon

Monica Rambeau, anak kepada kawan baik Captain Marvel pernah membantu Captain Marvel memilih warna suit pakaiannya sebelum ini. Monica juga digambarkan akan menjadi Photon dalam filem Avengers seterusnya

  1. Penasihat Young Avengers – Patriot

Dalam pengakhiran filem EndGame, kelihatan Captain America menyerahkan perisai miliknya kepada Falcon yang selama ini benar-benar mengagumi figura itu sebagai idola nya. Berdasarkan kisah MCU, Falcon akan berubah menjadi Patriot! Menurut ramalan peminat pula, kesemua watak ini akan digabungkan menerusi satu filem baharu yang dikenali sebagai Young Avengers manakala Patriot mengambil alih tugas Captain America sebagai penasihat kumpulan adiwira ini.

 

Apa pendapat anda semua mengenai watak-watak Young Avengers?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...