Filem Animasi Pendek ‘Batik Girl’ Menang Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Kehidupan

Filem Animasi Pendek ‘Batik Girl’ Menang Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Kini negara kita sudah setanding dengan industri animasi luar negara. Dari kejayaan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang berjaya tercalon dalam anugerah Oscar.

Kini, filem pendek animasi 2D Batik Girl menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Filem animasi Batik Girl dilancarkan di saluran YouTube rasmi ‘The R&D Studio’ dan berjaya mendapat perhatian ramai di media sosial.

Pengarah dan rakan kongsi The R&D Studio, Irwan Junaidy berkata, pihaknya menghasilkan animasi ini adalah untuk menekankan sebuah kisah di Malaysia secara khususnya berlandaskan batik.

pencipta animasi Batik Girl

Emosi utama yang diketengahkan di dalam filem ini adalah hubungan erat yang dapat dilihat antara seorang nenek dan cucunya.

hubungan cucu dan nenekMenurutnya, Batik Girl adalah usaha bersama beberapa pihak iaitu The R&D Studio, Heidi Shamsuddin selaku penulis cerita, Tudidut Studio untuk proses menganimasikan watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara untuk komposisi muzik.

filem batik

Buat pengetahuan anda semua, filem animasi pendek ini berjaya mencipta rekod apabila ditayangkan di 26 festival filem di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja,filem animasi ini juga berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile dan anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida.

Batik Girl

Ia juga dianugerahkan pingat emas bagi kategori serantau di Digicon6 Asia ke-20, malah Prof Richard William Allen seorang juri di Digicon 6 Asia menggambarkan Batik Girl sebagai sebuah filem pendek animasi fantasi indah yang ditonjolkan melalui reka bentuk karakter dan mainan warna yang harmoni serta imaginasi kreatif.

Rata-rata netizen yang menonton filem animasi ini berasa sangat bangga dengan pencapaiaan ini.

komen netizen

Sebelum ini kita semua mengetahui Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraikan di dalam Oscar 2020. Klik pautan ini untuk bacaan lanjut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...