Kini negara kita sudah setanding dengan industri animasi luar negara. Dari kejayaan filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang berjaya tercalon dalam anugerah Oscar.
Kini, filem pendek animasi 2D Batik Girl menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Filem animasi Batik Girl dilancarkan di saluran YouTube rasmi ‘The R&D Studio’ dan berjaya mendapat perhatian ramai di media sosial.
Pengarah dan rakan kongsi The R&D Studio, Irwan Junaidy berkata, pihaknya menghasilkan animasi ini adalah untuk menekankan sebuah kisah di Malaysia secara khususnya berlandaskan batik.
Emosi utama yang diketengahkan di dalam filem ini adalah hubungan erat yang dapat dilihat antara seorang nenek dan cucunya.
Menurutnya, Batik Girl adalah usaha bersama beberapa pihak iaitu The R&D Studio, Heidi Shamsuddin selaku penulis cerita, Tudidut Studio untuk proses menganimasikan watak dan Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara untuk komposisi muzik.
Buat pengetahuan anda semua, filem animasi pendek ini berjaya mencipta rekod apabila ditayangkan di 26 festival filem di seluruh dunia.
Bukan itu sahaja,filem animasi ini juga berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah Filem Animasi Pendek terbaik Festival de Largos y Cortos de Santiago di Chile dan anugerah Honorable Mention in Audience Favourite di Florida.
Ia juga dianugerahkan pingat emas bagi kategori serantau di Digicon6 Asia ke-20, malah Prof Richard William Allen seorang juri di Digicon 6 Asia menggambarkan Batik Girl sebagai sebuah filem pendek animasi fantasi indah yang ditonjolkan melalui reka bentuk karakter dan mainan warna yang harmoni serta imaginasi kreatif.
Sebelum ini kita semua mengetahui Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraikan di dalam Oscar 2020. Klik pautan ini untuk bacaan lanjut.