Filem Adnan Sempit 2 Bakal Merempit Di Pawagam Bermula 23 Februari Ini

Hiburan

Filem Adnan Sempit 2 Bakal Merempit Di Pawagam Bermula 23 Februari Ini

Sesiapa yang masih belum tengok filem Adnan Sempit, anda adalah seorang manusia yang sangat rugi. Bagi Abang Nara, filem ini memang kelakar tahap naga gaban. Dan untuk makluman, Adnan Sempit jugaklah yang mempopularkan Shaheizy Sam. Sekiranya Sam tidak membintangi filem Adnan Sempit, mungkin ramai yang masih tidak mengenali dirinya hari ini.

adnan sempit 2

Advertisement

Dan bermula 23 Februari 2012 ini, filem Adnan Sempit 2 bakal merempit di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu filem ini. Abang Nara dapat rasakan yang Adnan Sempit 2 akan lebih kelakar, lebih menggeletek pankreas dan lebih rempit. Sinopsis Adnan Sempit 2 untuk bacaan anda di bawah:-

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari,

 

Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

 

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.

 

Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

 

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.

adnan sempit 2

Dan jangan lupa untuk menyertai pertandingan sempena tayangan filem Adnan Sempit 2 di Facebook David Teo. Selain daripada Playbook  yang akan diberikan secara rawak, ada hadiah yang sangat BEST untuk dimenangi. Anda hanya perlu menangkap gambar aksi rempit dan dapatkan seberapa banyak undian untuk memenangi peraduan ini.

P.S: Video beli KFC dengan jayanya tanpa dipukul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

30 Comments

  1. nobody

    February 17, 2012 at 12:06 pm

    asyk cerite rempit2 jek..bosan la.. bosan bile satu filem bjaye tup2 kua the series la,sekuel la… tu yg bosan.. xde idea len ke?

  2. feyus

    February 17, 2012 at 12:04 pm

    Aku citer ni lebih hebat yang sebelum ini.
    Gambar Tidak Baik di Buku Pendidikan Kanak-Kanak

  3. lily

    February 17, 2012 at 11:53 am

    seriously this is the best malaysian movie….i tgk 4 kalai still tk jemu…. kl ganster ok lah tapi adnan sempit the best ever!!!

  4. www

    February 17, 2012 at 11:06 am

    shaheizy sam..mantap. adnan nak cakap omputih?? hancusss..hahhaha

    • mrs F

      February 17, 2012 at 11:42 am

      “dont make banana fruit two time” .. hahah

  5. Triple_j

    February 17, 2012 at 11:02 am

    dah cliche sangat kalau suruh wanita menggoda lelaki, so skrg ni suruh lelaki goda lelaki supaya gf nya sangsi kat kejantanan bf nya. maybe 1st time in history iaitu mat rempit gay…

    • Apa pun x bleh

      February 17, 2012 at 12:12 pm

      ak terpaksa baca 2 kali tuk wat confirmation yg si fendi tu nk goda nadia atau pn adnan…sapa ek jd fendi ?

    • Triple_j

      February 17, 2012 at 1:48 pm

      yg badan berisi kumpulan Balas tu jadi fendi…

      btw lepas ni dalam filem kalau nak buat benda serupa iaitu menggoda hero supaya heroine salah sangka, lepas ni upah la kambing supaya heroine ingat hero terlibat dlm bestiality plak

    • Mimo

      February 18, 2012 at 9:32 am

      Entah apa apa lah kau ni triple_j . Ayat nak dengki jee. Bukak lah mata sikit, jangan terlalu mengecil sangat minda dalam kepala otak kau tuu.

Loading...