Filem 29 Februari Sekadar Kutip RM350,000

Hiburan

Filem 29 Februari Sekadar Kutip RM350,000

Entah di mana silapnya, tahun 2012 merupakan tahun yang agak teruk untuk kutipan tiket filem Malaysia. Tiada filem yang mampu menggugat kutipan yang telah dilakukan oleh KL Gangster. Malah berdasarkan info di laman web Finas, ada filem yang sekadar mengutip RM70,000 sepanjang tempoh tayangan. Itu memang amat menyedihkan.

filem 29 feb

Advertisement

Turut menjadi mangsa ialah filem 3D pertama Malaysia yang diterbitkan oleh KRU Studio, 29 Februari. Abang Nara tak tahu di mana silapnya filem ini. Promosi yang dijalankan sudah hebat, pelakon utamanya tak lain tak bukan Remy Ishak dan daripada apa yang didengar, jalan ceritanya pun not bad jugak. Apakah punca sambutan yang dingin untuk filem ini?
29 februari
Menurut laman web Finas, filem 29 Februari ini sekadar mengutip RM350,000. Kemungkinan kutipan akan mencecah RM400,000 kerana status filem ini masih ditayangkan. Adakah rakyat Malaysia masih tidak bersedia untuk filem 3D tempatan? Atau filem ini terlalu berat untuk minda rakyat Malaysia? Apa pendapat anda?

P.S: Kes juvana terburuk sepanjang zaman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...