Ke Mana Hilangnya Sentuhan Emas Prof Razak Mohaideen?

Hiburan

Ke Mana Hilangnya Sentuhan Emas Prof Razak Mohaideen?

filem 2 hati 1 jiwa

Tahniah kami ucapkan kepada anda semua yang tidak pergi menonton filem 2 hati 1 jiwa. Filem arahan pengarah box office tersohor, Prof A. Razak Mohaideen nie tak mampu pun nak buat kutipan tiket RM1 juta. Dan yang paling best, tak sampai seminggu kat pawagam tayangan filem nie dah pun dihentikan. Nampaknya  anda sudah pandai membuat pilihan tepat.

Advertisement

Oh, oh dan oh sekali lagi. Ke manakah menghilangnya sentuhan tangan emas pengarah yang bergelar Professor nie? Selalunya kalau filem dia, paling koman minimum mesti cecah 2, 3 juta kan? Apa sampah betul ke filem 2 hati 1 jiwa nie sampai tak ada orang pergi menengok? Kami tak tahu sebab kami pun tak pernah terpasang niat nak pergi nengok cerita nie.

Tapi yang bestnya, adik kepada Prof Razak Mohaideen nie menyalahkan ketakfemesan Fauziah Ghaus dan Yasmin Hani. Sebabkan pelakon yang kurang popular, maka kutipan tiket pun jatuh berdebuk. Halo ~~~~~~~(gaya nyah sikit). Kalau ikut teori si adik Prof nie, compem cerita Adnan Sempit tue RM100,000 pun tak dapat nak cecah dik yang oi ~~ Pelakon lagi ntah sapa-sapa. Tak popular langsung. Tapi cecah gak RM8 juta.

[note]We wanted to sell the concept and not the stars, unlike  our previous movies. Unfortunately, when there  are no stars, the result is not as good.[/note]

Kalau kami jadi Fauziah Ghaus ngan Yasmin Hani, compem makan dalam dengan statement nie. Pedih beb. Orang terang-terang cakap kita tak popular. Maybe filem nie leh kutip RM10 jutan kalau watak Fauziah dan Yasmin tue digantikan ngan Lisa Surihani dan Scha Al Yahya, Sapa taknak tengok Lisa berkembar siam ngan Scha wei ~~~

Kepada Prof Razak, jangan fikir kami (penonton-penonton wayang tegar) bodoh dan tak mampu menilai mutu filem tempatan. Kami nie dah pandai-pandai belaka. Kalau filem best kami akan support. Kalau filem yang kurang best, lu faham-fahamlah sendiri. Kesimpulannya? Sila buat cerita yang best macam Adnan Sempit kalau nak kutipan puluh-puluh juta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...