Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan mengenai berita perkahwinannya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Fikry, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya bersama wanita pilihan hatinya iaitu Khalizah, sebaliknya dia menunggu sehingga majlis tersebut selesai terlebih dahulu.
Saya percaya benda yang baik ni selagi tak pasti jangan kongsikan, jadi saya tunggu sampai selesai. Alhamdulillah perkara yang baik.
Perkara ini dikongsikan menerusi siaran langsung di program Melodi.
Dalam pada itu, pelakon itu turut menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak gembira dan telah dipaksa berkahwin.
Kata Fikry, pada ketika itu dia banyak berfikir sebaik sahaja sah bergelar seorang suami.
Ada yang cakap muka tak rela ke awak kena kahwin, saya rasa salah tu.
Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami ni tanggungjawab dia besar dan kena adil.
Saya ada seorang ibu, saya ada seorang isteri sekarang ni. Adil tu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya.
Pelakon itu turut memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah untuk menjaga ibunya.
Isteri saya sekarang tengah dengan ehsan dia tengah jaga ibunda saya tercinta di Kedah. Terima kasih sayang.
Sebelum ini, Fikry Ibrahim telah melangsungkan perkahwinannya pada Rabu bersama wanita pilihan hatinya, Khalizah Alihan yang berasal dari Sarawak.