Fikry Ibrahim Cari ‘Side Income’ Main Saham Pula – “Jangan Risau Saya Tak Main Forex”

Hiburan

Fikry Ibrahim Cari ‘Side Income’ Main Saham Pula – “Jangan Risau Saya Tak Main Forex”

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim memaklumkan bahawa dia menerima beberapa teguran daripada netizen selepas berkongsi carta pelaburan berbentuk ‘candlestick’ di media sosial.

Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim berkata, ramai yang mengaitkan carta tersebut dengan pasaran Forex dan mempersoalkan hukumnya dalam Islam.

Advertisement

Namun, Fikry menjelaskan dia tidak terlibat dalam Forex, sebaliknya apa yang dikongsi berkaitan pelaburan saham.

Semalam saya kongsi ‘chart’ yang ada ‘candle stix’ tu kan? Ada orang komen, ‘Abang, Forex itu haram’. Korang, terima kasih banyak-banyak tapi jangan risau saya tak main Forex pun, itu adalah saham.

Bekas finalis Lawak Solo itu turut memaklumkan bahawa dia menggunakan platform pelaburan tersebut sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif secara kecil-kecilan.

Kalau duduk di rumah, tak ambil ‘job’ banyak ke apa kan, itu adalah salah satu cara saya nak buat ‘passive income’ kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Fikry turut menasihatkan orang ramai agar menimba ilmu terlebih dahulu sebelum menceburi bidang pelaburan.

“Insya-Allah, dia boleh jadi salah satu pendapatan buat anda. Tetapi perkara macam itu perlu ada ilmulah,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
6 hours ago

"Saya Sangat Bahagia Dengan SS, Dia Seorang 'Green Flag'" - Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...