Fikrah Artis Kita

Hiburan

Fikrah Artis Kita

Hi semua!

Macam mana dengan hujung minggu anda semua? Mungkin ramai yang bertandang ke majlis perkahwinan pada hujung minggu kan?

Advertisement

Hani kurang pasti tetapi kenapa kalau cuti sekolah, mesti berdedai-dedai orang nak buat majlis kahwin? Cuti lain tak boleh ke? Apapun, Hani ucapkan tahniah pada yang baru mendirikan mahligai rumahtangga! Sudah tentu seronok, dapatlah berjemaah berimamkan suami sendiri atau makan masakan isteri sendiri. Tapi awas! Jangan blurkan muka laki bila upload di Facebook tau! Nanti jadi isu.

Hani pun sibuk pada hujung minggu lepas ni. Yang peliknya, Ahad pun jalan di Kuala Lumpur ni sesak. Lelama botak kepala Hani ni dek menggaru bila jalan jammed!

Tapi Hani sempat jenguk tulisan pertama Hani dalam blog awesome Abang Nara ni, dan baca komen komen korang. Wah, melahar tul korang ni. Ingat tau, argument secara intelektual adalah sihat, tapi name-calling adalah satu benda yang sangat kebudakan, dan Hani pasti, semua di sini sangat dewasa, dah boleh jadik mak, bapak budak dah.

Apapun, apa yang Hani tulis itu adalah berasaskan ‘matter-of-fact’ maka ia bukanlah satu gosip.

Semalam juga, kalau tak silap waktu tengahari, Hani ada baca twitter Abang Nara dan Hani hanya mampu gelak sakan dalam kereta ketika tersangkut dalam jalan jammed di Ampang, KL. Rasa macam nak pindah dari KL jek dek jalan sesak ni! Kat Nilai jammed jugak tak?

fikrah artis kita

Itu retweet Abang Nara dari rakan twitter-nya bernama Hazrey. Jahat mulut kau ya Hazrey! Tapi tak pulak dia sebut siapa artis yang dimaksudkan.

Tapi kita jangan cepat memendekkan akal kita dengan apa yang ditulis tu. Read between the lines. Fahamkan apa yang disiratkan Hazrey tu.

RT @Hazrey: Aku suka statement artis: hanya tuhan saje yg tahu hati saya (sambil membetulkan baju sleeveless yg nampakkan celah tetek).

Hani pun setuju dengan pendapat dia.

Mungkin kita juga pernah terbaca dalam akhbar apabila artis yang kantul dek foto berpeluk dengan baju tak cukup ela kainnya, dipetik sebagai berkata “Alhamdulillah, saya tahu menjaga maruah saya.

Atau, berada di kelab malam dan bergambar depan botol arak, apabila keluar di internet, lekas lekas buat statement: “Saya berada di situ menemani rakan menyambut harijadi dan Alhamdulillah saya tidak mengambil arak.

Adakah ia bermaksud kesyukuran kerana berada di kelab malam itu yang secara terang terang, berada di situ juga adalah maksiat? Sudut mana yang menghalalkan perbuatan mereka?

Adakah ia bermaksud kesyukuran kerana mendedahkan aurat termasuk cleavage terjojol seperti nak melompat keluar walhal ia secara terang terang adalah mendedah aurat?

Artis perlu jadi role model. Adakah kita mahu esok lusa, bebudak lepasan SPM yang secara tetiba nak jadik artis akan bersiap sedia dengan jawapan seumpama itu?

Jangan pula cakap: “Ohh takkanlah bebudak tu tak boleh nak fikir benda yang baik dengan benda yang tak baik.” Rasanya ayat itu lebih sesuai untuk pengucapnya.

Ia membawa fikrah ke arah negatif secara jelas.

Hani ni tak mahulah nak bercakap panjang mengenainya tetapi melafazkan kesyukuran pada sesuatu perbuatan yang terang terang salah pada hukum syarak, bagaikan menjadi satu norma buat artis kita. Pada pendapat Hani, perlulah lebih berhati hati ya, takut disalahertikan anak anak kecil nanti.

Artis kita ni perlu bijak. Apa yang diucapkan akan dipetik media, termasuklah blog hiburan seperti portal Abang Nara yang awesome ni.

Nanti kena bantai, cakap kami jahat pulak. Terus tak comel. Kalau tak mahu dibantai, jangan jadi artis. Jadi seperti Hani. Duduk menung tengok KLCC yang tinggi melangit ni. :)

Salam sayang – Hani Marissa (Twitter: @HanyMarissa)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...