Pagi ini, pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura telah hadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas aktres jelita itu memfailkan cerai terhadap suaminya.
Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan kes cerai semula pada 7 Oktober nanti.
View this post on Instagram
Sewaktu pihak Beautifulnara menemubual Fattah, aktor tersebut berkata dirinya masih belum bersedia untuk melepaskan Fazura dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik.
Masih sayangkan keluarga, fikirkan anak tapi mohon doakan yang baik-baik.
Dalam pada masa yang sama, Fattah turut berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang tidak benar mengenai kes perceraian ini.