Menjawab segala kecaman, Bella memberitahu dia boleh melakukan apa sahaja kerana itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain.
Sekali lagi Bella menegaskan dia sudah memaafkan Aliff dan hubungan mereka masih baik demi anak. Bella berharap netizen tidak berfikiran kolot.
Biarlah sahaja Bella menjalani kehidupannya seperti yang dia mahukan. Tidak mengapalah mereka terus berbaik demi anak. Lagipun, bukan mudah untuk wanita itu terus ‘move on’ melupakan seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.