“Fikir Senang Ke Nyanyi Sambil Menari!” – Bella Astillah Selar Netizen Kutuk Persembahan Aliff Aziz

Hiburan

“Fikir Senang Ke Nyanyi Sambil Menari!” – Bella Astillah Selar Netizen Kutuk Persembahan Aliff Aziz

Tidak lagi mendiamkan diri, baru-baru ini isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pihak yang seringkali tidak menyukai suaminya mendendangkan lagu di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Meluahkan perasaannya itu dengan membuat ciapan di Twitter, Bella turut berkata netizen mengatakan Aliff merupakan peserta kegemaran pihak Astro kerana seringkali dapat lagu yang mudah untuk dinyanyikan.

Advertisement

Dalam ciapan yang berbeza, terdapat seorang pengguna yang mengatakan persembahan Aliff kosong.

Komen terbabit di balas semula oleh wanita itu dengan memberitahu persembahan yang dibuat oleh suaminya itu tidak mudah dan meminta agar individu terbabit tidak hanya pandai mengutuk sahaja.

Jadi tolong! Jangan tahu nak ‘condemn’ saja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan tu.

Sekadar info, pada konsert minggu ketujuh GV8 semalam, Aliff Aziz membawa lagu Pesan Cinta nyanyian asal penyanyi Indonesia iaitu Afghan dengan berada di kedudukan kedua.

Aliff Aziz Bella Astilla
3 years ago

Anggap Isteri Sumber Kekuatan Di GV8, Peminat 'Bersemut' Baca Ucapan Aliff Aziz Untuk Bella Astilah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...