Fikir Masa Depan, Radin Era FM Kini Ceburi Bisnes Perkhidmatan Kurier

Hiburan

Fikir Masa Depan, Radin Era FM Kini Ceburi Bisnes Perkhidmatan Kurier

Penyampai radio terkenal ERA FM, Radin dikhabarkan telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan apabila dia telah membuka francais perkhidmatan kurier iaitu J&T.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani,30, dia mengambil keputusan untuk terlibat dalam francais berkenaan apabila melihat potensi perniagaan itu mempunyai masa depan yang cerah.

Advertisement

Hanya memikirkan masa depan, Radin menjelaskan dia mengambil masa sebulan untuk berbincang dalam mencapai kata sepakat untuk melabur dalam bisnes berkenaan.

Menurut Radin lagi, modal yang diperlukan tidak terlalu besar dan jenama kurier berkenaan sudahpun dikenali umum antara sebab utama dia memilih untuk mengusahakan perusahaan terbabit.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

“Alhamdullilah, saya bersyukur kerana ini merupakan kali pertama saya ceburi bidang perniagaan dan keputusan untuk menerokai perkhidmatanan kurier ini adalah tepat. Pada awalnya rakan saya yang memberi idea kerana melihat ramai yang menggunakan perkhidmatan ini dan memandangkan belum pernah ada selebriti yang buat, saya rasa ini idea bagus. Saya sangat berminat dan fikir sudah tiba masa untuk ada bisnes sendiri,”

Menurut Radin, pandemik COVID-19 telah membuatkan bisnes berkaitan kurier adalah relevan dan boleh menapak jauh ke hadapan suatu masa nanti.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

Dalam pada itu, Radin turut ditanyakan sama ada mempunyai perancangan untuk meninggalkan kerjaya sebagai juruhebah radio kini,dia mengakui rasa bersyukur kerana khidmatnya masih diperlukan di stesen video berkenaan.

Mengakhiri perbualan, bidang perniagaan yang diceburinya kini adalah salah sebuah cabang rezeki dan merupakan perancangan masa depan untuk dirinya dan keluarga.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...