FIFA ‘Londeh’ Asal-Usul Datuk Dan Nenek Tujuh Pemain Warisan

Berita

FIFA ‘Londeh’ Asal-Usul Datuk Dan Nenek Tujuh Pemain Warisan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bahawa dokumen asal yang diterima daripada negara kelahiran sebenar tujuh pemain warisan tidak selari dengan dokumen yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika proses pendaftaran pemain berkenaan.

Perkara itu dijelaskan dalam laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision”, yang turut memperincikan alasan di sebalik hukuman dikenakan ke atas FAM dan tujuh pemain terbabit mengikut Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen.

Advertisement

FIFA

Menurut laporan tersebut, semakan yang dilakukan mendapati dokumen sokongan dihantar FAM – termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain – tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar mereka, yang mana semuanya tidak dilahirkan di Malaysia.

FIFA turut menyenaraikan lokasi sebenar kelahiran ahli keluarga tujuh pemain tersebut seperti berikut:

  • Santa Cruz de la Palma, Sepanyol – (Gabriel Arrocha)
  • Santa Fe de la Cruz, Argentina – (Facundo Garces)
  • Buenos Aires, Argentina – (Rodrigo Holgado)
  • Roldan, Argentina – (Imanol Machuca)
  • Abre Campo, Brazil – (Joao Figueiredo)
  • Viscaya, Sepanyol – (Jon Irazabal)
  • The Hague, Belanda – (Hector Hevel)

Jawatankuasa Disiplin FIFA turut mengesahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia tidak menerima sijil kelahiran asal, sebaliknya mengeluarkan salinan baharu berdasarkan maklumat sekunder dan dokumen luar negara yang diperoleh dari Argentina, Brazil, dan Sepanyol.

FAM

Malah, JPN mengakui gagal mendapatkan rekod asal bertulis tangan bagi sijil tersebut, dan oleh itu, Jawatankuasa Disiplin FIFA berpendapat proses pengesahan kerajaan Malaysia tidak dibuat berdasarkan dokumen asal yang sah.

Dalam kenyataan susulan, FAM memandang serius beberapa kesimpulan yang dibuat oleh FIFA, khususnya dakwaan bahawa para pemain telah “memperoleh dokumen yang dipalsukan” atau berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan pemain warisan.

Bagaimanapun, FAM menegaskan bahawa tiada bukti konkrit dikemukakan oleh FIFA bagi menyokong dakwaan tersebut.Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu mentua pemain bola sepak kebangsaan ditahan polis
2025-10-05 22:41:34

Ibu Mentua Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Pemalsuan Cop Pasport

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...