Bagi penggemar sukan bola sepak serta yang mengikuti perkembangan kejohanan bola sepak dalam negara, pastinya merasai kemeriahan Liga Super dan Liga Perdana. Namun, kemeriahan itu terhenti selepas tamatnya kejohanan itu baru-baru ini.
Seperti yang kita tahu, pasukan Johor Darul Ta’zim terus mendominasi saingan Liga Super dengan muncul juara sebanyak tujuh kali berturut-turut. Manakala, Negeri Sembilan pula berjaya memenangi Liga Perdana serta melayakkan diri dalam saingan Liga Super 2022.
Akan tetapi, kemeriahan bola sepak Malaysia masih tidak terhenti setakat itu sahaja kerana saingan Piala Malaysia sudah bermula pada 26 September yang lalu. 16 pasukan layak beraksi dalam saingan tersebut yang terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Perdana.
Korang mesti ingat lagi kan tentang gol ’emas’ yang dijaringkan oleh pemain Penang FA iaitu Faiz Subri? Jaringan tersebut telah berjaya merangkul anugerah berprestij tinggi yang diiktiraf oleh FIFA iaitu Puskas Award.
Gol free kick Sabah FC padu & berdesup macam ‘roket’
Semalam telah berlangsungnya perlawanan bagi kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia di antara pasukan Sabah FC dan PJ City FC. Namun, terdapat satu insiden berlaku ketika perlawanan yang berjaya meriah perhatian ramai orang.
Insiden yang berlaku tersebut adalah gol hasil sepakan percuma yang dijaringkan oleh pemain import Sabah FC, Park Tae-su. Jaringan tersebut telah mendapat perhatian Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh akaun badan induk bola sepak itu di laman Twitter, jaringan yang dihasilkan oleh pemain yang berasal daripada Korea Selatan itu adalah sangat mengagumkan.
???? Take a bow, Park Tae-su!
? There’s nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net ?
?? One for the @SabahFCofficial history books ?pic.twitter.com/y9P3022AKO
— FIFA.com (@FIFAcom) September 28, 2021
Fifa menyatakan bahawa sepakan padu yang terkena palang dan menerjah jaring dari jarak 40 meter dilepaskan pemain tersebut seakan roket.
“There’s nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net”
Hasil daripada jaringan tersebut, pasukan Sabah FC berjaya mendahului pihak lawan selepas hampir 20 minit perlawanan berlangsung.
Walau bagaimanapun, pasukan tuan rumah kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang berbisa mereka, Darren Lok.
Keputusan di akhir perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila terikat 1-1. Namun begitu, pasukan Sabah FC pastinya dapat berbangga kerana FIFA mengiktiraf gol yang mengagumkan itu.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara