FIFA Halang Malaysia Jadi Tuan Rumah Kongres FIFA 2017, Gara-Gara Malaysia Tak Benarkan Warga Israel Masuk?

Trending

FIFA Halang Malaysia Jadi Tuan Rumah Kongres FIFA 2017, Gara-Gara Malaysia Tak Benarkan Warga Israel Masuk?

Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah Kongres FIFA 2017, yang akan menyaksikan pengundian Piala Dunia 2026, berikutan kemungkinan wakil beberapa negara seperti Israel tidak dibenarkan masuk.

Advertisement

FMT melaporkan, Majalah FourFourTwo telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.

FAM dijangka mengeluarkan reaksinya selepas bermesyuarat Isnin depan. Malaysia diberikan penghormatan menganjurkan kongres tersebut pada Disember 2013.

Sebelum ini, dasar luar Malaysia dalam hubungannya dengan Israel memberi kesan terhadap beberapa acara sukan antarabangsa yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Ini termasuk insiden membabitkan pasukan Israel ketika Pertandingan Piala Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) pada 1997, dan kehadiran pemain warga Israel Avram Grant dan Ben Haim bersama pasukan kelab bola sepak Chelsea pada 2008 dan 2011.

Disember lalu, Persatuan Pelayaran Israel (ISA) menarik diri dari kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 selepas pelayar Israel dilarang mengibarkan bendera negara Zionis itu pada pakaian dan kapal layar mereka.

Sementara itu, FourFourTwo melaporkan spekulasi keputusan FIFA itu mungkin berkait dengan pergolakan dalaman FAM, yang menyaksikan 4 pemain kebangsaan menarik diri, walaupun kekal bermain dalam pasukan Johor Darul Ta’zim.

Ia disusuli dakwaan rasuah dan salah laku dalam FAM oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...