Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Hiburan

Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Gyeah ~~~ Pastinya hati Mamat Sepah berbunga-bunga keriangan apabila mendengar bekas kekasihnya, Fida kini telah kembali terbuka hati untuk menerimanya kembali. Memang hebat betul Mamat Sepah ini memujuk Fida. Abang Nara cadangkan kepada anda yang masih single untuk berguru ayat-ayat manis dengan Mamat. Pasti boleh dapat awek selepas itu.

fida mamat sepah

Advertisement

Umum mengetahui yang kisah cinta antara Mamat dan Fidah terputus di tengah jalan selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang telah diupload oleh Mamat. Namun kini Fida sudah pun memaafkan Mamat sepenuhnya dan telah berkawan semula. Kata Fida:-

Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan.

Sementara itu Fida menafikan desas-desus yang menyatakan dirinya telah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP baru-baru ini. Kata Fida:-

Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku. Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan

Pasti Mamat Sepah lega mendengar penafian Fida. Apa lagi, kalau Abang Nara jadi Mamat Sepah, hari ini juga akan Abang Nara masuk meminang dan mengecop Fida. Hehehe. Sumber daripada portal Murai dan Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

91 Comments

  1. heran sangat

    April 25, 2012 at 12:24 pm

    KISAH PLAK AKU~!!!

  2. aku terjumpa

    April 25, 2012 at 10:46 am

    Hari tu aku jumpa mamat sepah dengan pompuan mana tah kat plaza Angsana…baik punya berkepit…

  3. aku anti fida poyo

    April 25, 2012 at 9:54 am

    ehhh….mcm bangang…cam harem….hahahaha…terbuka hati ler sgt..

  4. Anonymous

    April 25, 2012 at 9:41 am

    fida trima mamat ngan ati terbuka?? porahhh..!!! cari pblisiti murahan!! dah la x tagha mana pon…hrap ja sopan tp hampeh…memalukan kaun bertdung ja!!

  5. Anonymous

    April 24, 2012 at 5:30 pm

    mungkin inilah coverline yg dimaksudkan dlm paper tu tp iqram dinzly pulak terasa. mungkin 2-2 couple coverline kot

Loading...