Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Hiburan

Fida Nafi Jadi Isteri Kedua VIP Dan Hati Kembali Terbuka Untuk Mamat Sepah

Gyeah ~~~ Pastinya hati Mamat Sepah berbunga-bunga keriangan apabila mendengar bekas kekasihnya, Fida kini telah kembali terbuka hati untuk menerimanya kembali. Memang hebat betul Mamat Sepah ini memujuk Fida. Abang Nara cadangkan kepada anda yang masih single untuk berguru ayat-ayat manis dengan Mamat. Pasti boleh dapat awek selepas itu.

fida mamat sepah

Advertisement

Umum mengetahui yang kisah cinta antara Mamat dan Fidah terputus di tengah jalan selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang telah diupload oleh Mamat. Namun kini Fida sudah pun memaafkan Mamat sepenuhnya dan telah berkawan semula. Kata Fida:-

Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan.

Sementara itu Fida menafikan desas-desus yang menyatakan dirinya telah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP baru-baru ini. Kata Fida:-

Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku. Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan

Pasti Mamat Sepah lega mendengar penafian Fida. Apa lagi, kalau Abang Nara jadi Mamat Sepah, hari ini juga akan Abang Nara masuk meminang dan mengecop Fida. Hehehe. Sumber daripada portal Murai dan Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

91 Comments

  1. Dato minah jambu yg paling paling popular 24jam mengadap computer

    April 24, 2012 at 5:18 pm

    huh !!! jambu2 gini macm tkde jantan lain pulak !!! cnfrm tkde taste ni pompan huh !!!

  2. ngomel

    April 24, 2012 at 4:47 pm

    kenapalah ko nak pilih jantan ni jugak fida… dulukan dia pernah menjatuhkan maruah ko… carilah lelaki yg baik2 sikit… ok fida… lepas ni jaga diri baik2, jaga aurat, jaga mulut, jaga tingkat laku…jaga muka… (muka mmg dah cantik pun) mesti lepas ni ramai lelaki yg baik2 nakkan ko. kesian aku tgk si fida ni…

    • Anonymous

      April 24, 2012 at 5:27 pm

      fida menjatuhkan maruah dia sendiri. bagi aku xder kaitan ngan mamat pon

    • madam kapal buruk

      April 24, 2012 at 6:38 pm

      entahnya…dh fida sndiri xreti nk jga aurat dia tu..mamat tsilap upload tue maknanya Tuhan bagi tahu sapa fida sbenanya…mula2 dulu igt kn fida tu xmcm orglain,on off pakai tdung..sekali kantoi daaa…poyo..

    • ngomel

      April 24, 2012 at 9:27 pm

      yelah, fida tu pun manusia biasa, mesti ada buat silap… yg si mamat tu pun sebagai bf dia sepatutnya tolonglah jaga aurat aweq dia.. ni tak…makin nak malukan aweq dia… patut ke dia buat camtu?

  3. Semerah padi

    April 24, 2012 at 4:45 pm

    Mamat pinanglah fida.cepat kawin.fida pun bukan glamer sangat pun. Pindah kulai. Mamat kerja di tesco kulai atau bukak restoran . Buat biz lagi afdhal. .fida bukak nursery kat tmn puteri kulai.ramai cikgu2 leh hantar anak kat situ. Sebab aku tengok bile meke duduk kat .k lumpr.byk sgt dugaan nye.dgn izin allah ko bahgia.amin……dengarlah nasihat ibu ini.

    • viva

      April 25, 2012 at 3:06 pm

      aku xtau nape aku gelak giler biler baca komen ni..

  4. Lagubestbest

    April 24, 2012 at 4:05 pm

    Tin kosong berbunyi lagi..

  5. lantakpilah

    April 24, 2012 at 3:00 pm

    kalo mamat sendiri xreti nk jaga aurat fida ms kapel dlu, main suketi upload pic tu (otak xtau kat mana letak), apelah lagi jika suda berkawin. panggg!!!

    • elly

      April 24, 2012 at 3:55 pm

      hmm… apa lak mamat yang kena jaga aurat fida…. dah fida relahati bukak…

    • madam kapal buruk

      April 24, 2012 at 6:31 pm

      tu ler pasal..dh si fida tu sndiri yg xttp aurat..siap posing manja lg msa mamat tgkp pic dia..dua2 pn bengong..huhu…

Loading...