Gyeah ~~~ Pastinya hati Mamat Sepah berbunga-bunga keriangan apabila mendengar bekas kekasihnya, Fida kini telah kembali terbuka hati untuk menerimanya kembali. Memang hebat betul Mamat Sepah ini memujuk Fida. Abang Nara cadangkan kepada anda yang masih single untuk berguru ayat-ayat manis dengan Mamat. Pasti boleh dapat awek selepas itu.
Umum mengetahui yang kisah cinta antara Mamat dan Fidah terputus di tengah jalan selepas kontroversi gambar tidak bertudung Fida yang telah diupload oleh Mamat. Namun kini Fida sudah pun memaafkan Mamat sepenuhnya dan telah berkawan semula. Kata Fida:-
Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan.
Sementara itu Fida menafikan desas-desus yang menyatakan dirinya telah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP baru-baru ini. Kata Fida:-
Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku. Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan
Pasti Mamat Sepah lega mendengar penafian Fida. Apa lagi, kalau Abang Nara jadi Mamat Sepah, hari ini juga akan Abang Nara masuk meminang dan mengecop Fida. Hehehe. Sumber daripada portal Murai dan Mstar.
pokmejutawe
June 5, 2012 at 9:33 pm
Artis mmg gitu perangainye! Dah tak laku sok baru nak bertobat kot. Selagi laku nih, carry on, pukul keliling!
datok_t
April 28, 2012 at 11:24 pm
so cheap of u fida..ni je ke yg ko bole buat nk dpt kn publiCT..kemon aa..
oiiii
April 26, 2012 at 2:32 pm
Rasanya ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni yg boleh dipilih….hurmmmmm…
jaja
April 26, 2012 at 12:44 pm
tinggalkn jerr jantan x guna niee, lau dia tol2 syangkn fida dia x kan buat sesuatu yg akan menjatuhkn maruah fida sbgai wanita….
ader aku kisah
April 25, 2012 at 5:38 pm
rela diri di permain kan laaa asal kan dapat publisiti…malukan kaum jer fida ni..dlm bang bang boom pun ala2 di malukan pun ngn si zuan melodi tu…