Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi Penggambaran

Hiburan

Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi Penggambaran

Wow. Tak sangka sungguh Fida Ibrahim akan melakukan perkara sebegini. Nampak macam baik orangnya. Takkanlah baru nak naik sudah berlagak diva? Yang peliknya, Fida lari dari lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas tidak puas hati dengan skrip yang diberikan. Takkanlah hari terakhir baru sedar skrip tak sesuai?

Selain itu Fida turut sama mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa. Ala Fida nie. Malaysia ini bukannya Hollywood. Sepatutnya bersyukurlah dapat job. Tak selesa sikit tahanlah. Kata produser drama tersebut:-
fida

Advertisement

Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya. Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi.

Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang. Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain

fida

Macam-macam perangai artis kita sekarang. Tak adalah popular mana pun. Diharap Fida insaf dan segera menghabiskan baki penggambaran drama anda. Jangan susahkan orang lain. Buatlah kerja secara profesional. Jangan burukkan nama sendiri. Nanti tak ada job, anda juga yang sedih. Info asal Mstar Online.

fida

P.S: Nikmati diskaun sehingga 30% ke atas pakaian yang sangat cantik di EDZ sempena Hari Raya Haji. Kunjungi butik EDZ di No.1-50, Seri Bangi, Jalan 8/35 Seksyen 8, Bdr Baru Bangi. Dibuka setiap hari dari 10pagi-7ptg. Tel 03 – 89 1234 10. Beli secara online di: www.edz.com.my. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia melalui Poslaju.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...