Perkongsian pelakon sensasi, Fattah Amin yang memuat naik ‘teaser’ kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini ternyata telah mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Fattah dilihat memakai busana keluaran jenama terkenal itu. Meskipun hanya beraksi depan kamera dengan rona hitam putih, Fattah dilihat tetap segak dan kacak, bak kata peminat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji ketampanan Fattah selain berasa teruja dengan kempen terbaru Fattah kali ini.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa tidak senang hati kerana Rizman Ruzaini sering dilihat bersama Fazura suatu ketika dahulu.
Walau bagaimanapun, atas dasar tuntutan kerja, peminat Fattah dan Fazura tidak perlulah bertelagah hanya kerana ianya rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepada yang dikehendaki-Nya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.