Pelakon versatil, Fezrul Khan dilihat banyak berkongsi video memaparkan dirinya berlakon sebagai lelaki lembut di Instagram miliknya.
Menurut Fezrul dia mencipta karakter tersebut pada awalnya sebagai tujuan mempromosi produk dan menggelarnya sebagai Ratu Lebah.
Watak Ratu Lebah itu sebenarnya saya cipta sebab promosi madu dari Yemen. Sudah setahun saya guna produk tersebut dan ia memberi banyak kebaikan.
Dia juga ambil maklum mengenai kecaman yang diterima oleh orang ramai gara-gara karakter ciptaannya itu.
Ramai yang kecam tapi saya diamkan saja. Ada yang suka dan begitu juga sebaliknya. Susah nak jaga hati semua orang.
Saya sekadar mahu hiburkan orang sahaja dan bukannya libatkan mana-mana pihak.
Perkembangan lain, Fezrul bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Dari Rahim Yang Sama pada 14 April depan di slot Samarinda TV3.
Drama tersebut turut membariskan barisan pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Mhia Firdaus, Ashraf Muslim dan Angeline Tan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.