February 13th, 2020

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan, apabila kita sebut tentang fesyen di kalangan selebriti antara yang paling mendapat perhatian ramai ialah penyanyi Yuna.

yuna beanie

Sering mengenakan gaya terbaru, Yuna merupakan ikon fesyen bagi muslimah di seluruh dunia.

Kalau sebelum ini, dia dikenali degan imej tudung bawal dan turban, kini Yuna bertukar imej lagi dengan menggayakan tudung ‘beanie’ pula.

yuna beanie yuna beanie

Malangnya, penampilan itu mengundang rasa kurang senang netizen dan ramai mempersoalkan gayanya itu boleh menimbulkan fitnah kerana Yuna tidak menutup aurat dengan sempurna, menampakkan bahagian lehernya.

Malah netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan perubahan penyanyi itu dan mereka rindu dengan penampilan Yuna yang dahulu, lebih menutup aurat.

yuna fesyen tudung beanie yuna tudung yuna fesyen tudung yuna dikritik

Ada juga yang risau, khuatir jika satu hari nanti Yuna membuat keputusan untuk membuka tudung. Apa-apa pun, kita janganlah fikir negatif dan Yuna hanya sekadar mencuba fesyen baru. Doakan yang baik-baik untuk Yuna agar dia kekal istiqamah.

 


7 responses to “Fesyen Tudung ‘Beanie’ Yuna Dikritik Tidak Tutup Aurat, Nampak Leher”

  1. Anonymous says:

    Wanita akhir zaman, nak artis, tak artis pon banyaklah yang acah acah macam ni, ape nak hairan, malu kononnya nak betudung tutup rapat, macam sarung nangka, diri masih nak happy happy lagi tu

  2. unknown says:

    x cantik wehhhhh

  3. kucingpenat says:

    neelofa pun pakai serban nampak leher

  4. Naznin says:

    Dulu …wanita berbaju kurung tu nnampak aju dah sgt .

    Sekarang tak boleh dek non …

    Kau kena pakai seluar panjang bawah kain … Lepas tu kau kena pakai setokin
    Lepas tu kau kena pakai inner
    Lepas innner kau kena pakai hands socks
    Pas tu anak tudung
    Pas tu tudung tutup dagu
    Baru kau kena pakai baju kurung
    Kena pulak tudung labuh kurang kurang pun dua lapis …
    ..baru lengkap baju mu …

    Ada apa apa kak chik tertinggal ??

  5. Anonymous says:

    Time dia pakai turban pun nampak leher jugak. Nothing new.

Loading...