Baru-baru ini, viral di media sosial foto penyanyi Kaka Azraff yang menggayakan fesyen agak ‘unik’ iaitu serkup rambut berwarna biru. Penampilan Kaka itu menjadi perhatian ramai dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.
Ada juga yang jadikannya sebagai bahan jenaka, menyamakan ia dengan guni bawang. Menerima pelbagai kritikan, foto itu akhirnya dipadam di Instagram.
Menerusi satu kenyataan di Harian Metro, Kaka tidak sangka foto tersebut akan viral. Menurut Kaka, beliau bukanlah mangsa eksploitasi fesyen dan terpulang pada pandangan masing-masing untuk menerima fesyen digayakan itu.
Tak ada apa yang saya nak komen mengenai foto itu. Ia gambar ketika sesi fotografi majalah dan eksperimental fesyen. Apa boleh dikata, saya suka meneroka sesuatu yang baru dan mencuba. Apatah lagi, berkaitan fesyen.
Jika foto itu tular, ia di luar kawalan saya. Namun, saya berharap janganlah membuat penilaian mudah. Saya juga tidak melihat diri sebagai mangsa eksploitasi fesyen menerusi foto itu. Ia kerana, tiada had dalam fesyen.
Advertisement
Terdapat pelbagai konsep jika berfesyen dan setiap satu gaya itu mempunyai maksud tersirat sendiri. Cuma, tidak semua yang pandai menilainya.

Pity
April 12, 2019 at 10:57 am
Ni namanya high fashion nong.. Kat Paris ni mati2 mndapat pujian. Bahkn blh cecah jutaan ringgit.. Cuma Malaysia ni bukan Fashion of Paradise…sbb tu bila nmpak gmbar or pertunjukan mcm ni trus SAKAI. Hahahahah… Siapa2 yg nak bermula dlm dunia Fashion pergilah negara China dahulu, bila brjya kat sna baru mula ke Jepun dan New York.. Paling terakhir ke Paris.. fashion of paradise.. Untuk cipta nma.. Mcm pereka fashion kita Bernard Chandran popular di Hollywood.
anon
April 12, 2019 at 10:31 am
fesyen obor obor..hahaha
sofia
April 12, 2019 at 7:35 am
the moment ko ckp ko taknak dilihat sebagai mangsa eksploitasi fesyen is the moment ko dah jadi fashion victim. unfortunately, there is a limit to fashion dearie..
jakun semelai..hihiii
April 11, 2019 at 3:35 pm
ini konsep fesyen kemurungan.. sbb nmpk muka sedih diselubungi jaring2 kehidupan yg tak menentu..
Anonymous
April 11, 2019 at 3:28 pm
fesyen bodo tolo namanye ni…