Ingatkan tahun ini fesyen Neelofa di Anugerah MeleTOP Era 2015 selamat daripada kritikan, rupa-rupanya itu hanya mimpi sahaja. Terbaru, seorang rakan Neelofa sendiri telah mengkritik fesyen baju merah yang dipakai oleh pelakon itu dan menggelarkannya sebagai ‘squid’. Kalau tak silap Abang Nara, ‘squid’ itu sotong. Hmmmmm. Cuba tengok gambar Neelofa di bawah. Ada macam sotong ke?
 Membandingkan pakaian Neelofa dengan pakaian yang dipakai oleh selebriti antarabangsa di Oscar, si pengkritik menulis “These are example of gorgeous coutoure dress… Oscar 2015. Not that red-crazy-ruffled-reel-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show. Watching 2 mins of that show hurts my intelligence“. Fuh!!! Memang pedas sungguh kata-katanya.
Tidak bersetuju dengan kritikan tersebut, Neelofa tidak berdiam diri dan turut memberikan maklum balas terhadap si pengkritik. Menarik juga kata-kata Neelofa. Bagai bertemu buku dengan ruas.
Fuh!! Memang hangat. Apa pendapat anda? Adakah fesyen merah Neelofa memang menyerupai ‘squid’ atau ia hanya pendapat si pengkritik itu seorang? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Murai.