Bila sebut sahaja nama Mira Filzah, pasti ramai yang mula mengenali aktres ini dengan penampilan sopan menutup aurat dan lemah lembut orangnya.
Bagaimanapun, fesyen Mira sejak kebelakangan ini sudah berubah dan paling ketara sekali boleh dilihat dalam drama bersiri terbaru lakonannya.
Memuat naik foto memakai seluar leggings kulit yang ketat, rata-rata netizen menyatakan penampilan itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita berhijab. Seluar itu terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk kaki Mira.
Mereka kecewa Mira berubah begitu mendadak sekali, jelas berbeza dengan imej sopannya sebelum ini.
Tidak dinafikan agak stylo juga Mira dengan gaya terbarunya itu, tetapi mungkin ada kalanya kena juga peka dalam berfesyen. Jangan nanti mengundang fitnah pula.