Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Fesyen Begini Dah Ramai Orang Guna..” Pakai Topi Sama Bentuk, Noraniza Idris Didakwa Tiru Gaya Siti Nurhaliza

Penampilan serta gaya penyanyi Noraniza Idris pada malam minggu ke-7 program Gegar Vaganza musim ke-7 yang tampil memakai topi daripada material akrilik nampaknya telah mengundang komen-komen tidak menyenangkan daripada netizen.

Advertisement

Mana tidaknya, topi yang digayakan ratu etnik kreatif itu juga pernah dibawa oleh penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik berjudul Siapa Tak Mahu.

Tampil menjawab desas-desus peminat, pereka fesyen Noraniza Idris iaitu Nik Amir menjelaskan bahawa  penampilan Noraniza Idris pada malam itu sebenarnya terinsipirasi daripada konsep Latin dan topi yang dipakai penyanyi itu merupakan rekaan Afiq K iaitu salah seorang pereka aksesori daripada Arte de Narmi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Advertisement

Kata Nik lagi, pada mulanya mereka ingin menambah aksesori bagi menyerlahkan lagi mood Latin namun mempunyai masalah dalam mendapatkan bahan yang sesuai. Aksesori yang ada pula terlalu sarat dan tidak sesuai kerana Noraniza Idris perlu menari jadi mereka memutuskan untuk mengekalkan rupa bentuk asal topi tersebut.

Pada malam tersebut, Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani telah menyampaikan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita. Setelah persembahan, ruangan media sosial terutamanya Twitter telah dihujani kritikan dan komen yang mengatakan Kak Ani mengenakan fesyen hampir sama dengan Siti Nurhaliza dan yang membezakan hanyalah warna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tambah Nik lagi, Afiq K juga merupakan individu yang sama menata rias Siti Nurhaliza dalam video muzik Siapa Tak Mahu.

“Sebenatnya Afiq K adalah individu yang sama reka topi untuk Tokti, jadi tak ada istilah siapa tiru siapa…fesyen topi begini dah ramai orang pakai sejak tahun 2018 lagi. Mungkin kerana jarang ditampilkan di pentas komersial, maka orang lebih senang merujuk kepada mana-mana individu popular yang pernah menggayakan topi sama.”

Mengakhiri perbualan, Nik beranggapan bahawa fesyen adalah sesuatu yang ‘universal’ dan hanya mengambil positif dalam setiap kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. anonymous

    November 24, 2020 at 5:56 pm

    nyanyi so teruk tapi tak kena eliminate ? GV7 ni teruk judge bias,atau taik telinga tak korek

    • Anonymous

      December 3, 2020 at 3:08 pm

      setuju.sepatutnya dh lama kena eliminate kan.nyanyi hauk tp judges simpan lg..semua sbb senior jer..org kasihan je padahal serius mmg dh boleh out dh..klu out msti nnt dia sentap.dia kan jenis cepat sentap..pdhl org lain nyanyi lg better tp dia jgk top..apo judges ni

  2. Azhar

    November 24, 2020 at 5:09 pm

    Itu pun nak jadi isu ke…sebelum tok t pakai topi mcm tu..ntah ntah dah ramai orang yang pakai dulu kat mukabumi ni…ye…dia penyanyi nombor satu negara…tetapi bukan apa yang dia pakai atau guna adalah yang pertama…

    • tecit

      November 26, 2020 at 9:58 am

      Stuju. lgpon die kan penyanyi no 1. so biar la die jd trendsetter. die sendiri xbersuara kdg2 nitijen ni yg lebih2. bukan die jual produk tu pon. dorg gune stylist yg same. no wonder la gaye pon same. xboleh la nk jdkan benda tu seolah2 die sorg je boleh pkai org lain xboleh. jeng la depa ni.

Leave a Reply to Azhar Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama