Fesyen Baju Melayu Tutup Perut Jadi Bualan

Fesyen

Fesyen Baju Melayu Tutup Perut Jadi Bualan

Hari ini adalah hari pertama umat Islam berpuasa  tahun ini. Maka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai trend dan gaya baju Melayu dipamerkan pereka fesyen tanah air bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

Baju melayu merupakan salah satu jenis pakaian tradisional yang berasal dari Malaysia. Baju Melayu ini umumnya tidak memiliki berbagai macam rekaan.

Advertisement

Namun seiring berkembangnya fesyen, baju melayu dibuat lebih menarik dimana kombinasi warna, bahan dan motif lebih selaras.

Rekaan yang dihasilkan tidak semestinya serasi dengan sesuatu acara, malah ada kalanya menimbulkan kontroversi.

Jika sebelum ini fesyen kurta ala Superman mendapat kritikan pelbagai pihak, terbaharu satu lagi rekaan baju Melayu ala baju kelawar tular di Facebook.

Advertisement

Rekaan baju Melayu kembang itu mendapat kecaman netizen dan mencetuskan perdebatan susulan dakwaan ia telah merosakkan imej pakaian traditional kebanggaan orang Melayu itu.

Advertisement

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di laman Facebook Aliff Channel, baju Melayu itu direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan.

Apabila baju-baju tersebut diperagakan oleh model-model lelaki dan wanita, netizen menggambarkan ia seolah patung orang-orang di sawah padi, selain menggelarkan ia fesyen “tutup perut.”

Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan baju Melayu versi itu direka dan siapa pereka fesyennya. Korang nak beli ke tak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...