Adik kepada usahawan dan pengacara popular Neelofa iaitu Ameera Khan memang amat dikenali sebagai pempengaruh fesyen yang sering memperagakan pakaian dan aksesori jenama mewah dari luar negara.
Sebut sahaja jenama mewah yang ada, pastinya ada diantara jenama itu yang telah diperagakan oleh Ameera.
Sungguhpun wanita yang kini berusia 21 tahun itu telah mengenakan hijab, gayanya sebagai fashionista tidak pernah kalah di mata peminat.
View this post on Instagram
Terbaharu, Ameera memuatnaik beberapa hantaran foto di Instagramnya yang menampilkan dirinya memakai beberapa persalinan dan aksesori dari jenama Miu Miu.
Ameera menggayakan topi kait bulu, tas tangan bulu dan beberapa lagi aksesori terbaharu dari koleksi jenama tersebut, namun apa yang telah menarik perhatian netizen adalah but bulu yang dipakai olehnya.
Ingatkan karpet Nilai 3.
Sementara itu, menerusi gambar seterusnya, gaya topi yang dipakai oleh wanita itu turut menjadi persoalan memandangkan beliau telahpun mengenakan hijiab.
Gambar terakhir tu apa benda kau pakai kat kepala tu adik?
Terdahulu, Ameera tampil memaklumkan bahawa dia kini ingin membawa imej wanita berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa bersama PU Riz.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.